Project 18 : Aircond Temperature Controller

System test

Video on demand

Description

Aircond temperature controller comprises of PIC microcontroller, LM35D temperature sensor and relay board. The controller will maintain and control the temperature of a room set by the user. The relay board is used to turn on and off 240V AC supply to compressor. The user has flexibility to control the range of temperature, minimum and maximum degree to make sure that room is well conditioned.

This project is hoped to be an early attempt to any project related to energy saving or energy management. If we can control the compressor automatically and wisely, then a lot of energy can be utilised for other purposes. Apparently, aircond is one of loads that we may put into consideration as it runs at high power and contributes a lot in our bill. 1 h/p is equivalent to 746W. If we manage to save 10% energy, thus we manage to save 10% or more our money.

Prinsip operasi

Sebuah projek menggunakan temperature sensor LM35D utk memaparkan suhu semasa didalam bilik berhawa dingin. Ia akan mengawal litar bekalan kuasa kepada aircond (240Vac) menggunakan relay SPDT. Program PIC diatur untuk membaca suhu dan menghidupkan relay (compressor ON) jika suhu melebihi 28 darjah celcius atau mematikan relay (compressor OFF) jika suhu bilik kurang drpd 23 darjah celcius. Suhu bilik boleh dikawal oleh pengguna supaya keadaan bilik tidak terlalu sejuk atau panas (litar PIC boleh ditambah baik dengan meletakkan keypad bagi pengguna memasukkan suhu minimum/maksimum).

Disamping itu diharapkan dapat menjimatkan bil tenaga yg perlu dibayar (belum diuji dengan aircond sebenar). Sekiranya aircond dihidupkan terlalu lama pada satu keadaan suhu yg tetap maka bil yg perlu dibayar adalah agak tinggi. Utk aircond 1H/P (746W), jika dihidupkan pada suhu tetap 22 darjah celcius, compressor aircond perlu senantiasa memastikan suhu bilik tersebut adalah 22 darjah celcius. Dengan mengawal suhu antara 23 hingga 28 darjah celcius diharapkan compressor tidak perlu sentiasa hidup, maka tenaga elektrik dapat dijimatkan.

Pengiraan bil elektrik adalah berdasarkan kWh/month dimana kadar utk 200kWH pertama di Malaysia adalah RM 0.216, kadar ini akan meningkat sekiranya pengguna menggunakan lebih drpd 200kWh sebulan.

Contoh pengiraan utk 1 aircond 1H/P jika menggunakan aircond selama 6 jam sehari selama sebulan: Bilangan tenaga digunakan = 0.746kW * 6 hour * 30 hari = 134.28 kWh/month
Jumlah bil = 134.28 * RM 0.216 = RM 29.00

Mengambil kira penjimatan purata jika menggunakan sistem kawalan relay (sekitar 4 jam sehari) selama sebulan :
Bilangan tenaga digunakan = 0.746kW * 4 hour * 30 hari = 89.52 kWh/month
Jumlah bil = 89.52 * RM 0.216 = RM 19.34

Dijangkakan pengguna dapat menjimatkan hampir RM 10 utk sebulan jika menggunaka 1 aircond 1H/P. Bayangkan jika menggunakan 2 atau lebih aircond.

Selain aircond, projek ini juga boleh diaplikasikan utk mengawal kipas penyedut udara (air ventilation fan) bagi dapur.


No comments:

Post a Comment